TARIAN

JENIS-JENIS TARIAN SUKU KAUM KADAZANDUSUN DI SABAH

  1. Tarian sumazau penampang.
  2. Mongigol Sumundai
  3. Sumayau ( Mongigol Tuaran )
  4. Mogunatip
  5. Paina

Setiap tarian tersebut adalah berbeza mengikut tempat dan mengandungi makna serta tujuan tertentu ia dipersembahkan seperti memuja semangat padi, memuja semangat tajau dan sebagainya.

  1. SUMAZAU PENAMPANG
  • Dipersembahkan semasa perayaan pesta Kaamatan atau upacara pemujaan semangat padi ( Bambaazon ).
  • Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari lelaki dan perempuan mula menari dengan irama yang lembut dan perlahan mengikut paluan gong.
 
 

2.   MONGIGOL SUMUNDAI

  • Dipersembahkan oleh suku kaum Rungus daripada daerah kudat dan Pitas.
  • Dipersembahkan semasa perayaan dan upacara pemujaan semangat padi.
  • Ditarikan oleh 3 hingga 8 orang penari perempuan dan diketuai oleh penari lelaki. Penari perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakan pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang perlahan dan lembut.. Tarian ini diiringi dengan 4 gong dan gendang yang dinamakan ‘ Tontog’.

3.  SUMAYAU (MONGIGOL TUARAN)

  • Tarian ini merupakan tarian pemujaan semangat oleh suku kaum Dusun Lotud di daerah Tuaran. Ia biasanya dipersembahkan semasa Upacara ‘ Rumaha ‘ ( Upacara memuja tengkorak kepala ), ‘ Magahau ‘ ( Upacara pemujaan semangat Tajau ).
  • Sumayau dipersembahkan lebih daripada 8 orang pasangan yang berpakaian serba hitam dengan lengan panjang dan selendang yang panjang mengelilingi leher. Penari perempuan pula memakai bulu burung di bahagian kepala yang digabung jalinkan sementara penari lelaki memakai ‘ sigar ‘.
  • Penari perempuan menggerakkan tapak kaki mereka dengan perlahan, sementara penari lelaki berdiri dan menggoncangkan ‘ giring ‘ atau loceng kecil ang dilekatkan pada pakaian mereka.

4.  MOGUNATIP

  • Dipersembahkan oleh kaum asli dari pedalaman Sabah termasuk kaum Kadazandusun dari Tambunan, Kwijau Dusun dari Keningau dan beberapa kumpulan daripada suku kaum Murut.
  • Mogunatip diambil daripada perkataan “atip” yang bermaksud menekan antara dua permukaan.
  • Penari mogunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara yang tertentu untuk menghormati tetamu.

5.  PAINA

  • Paina merupakan tarian suku kaum Kadazandusun dari daerah Membakut. Ianya dipersembahkan semasa upacara kesyukuran terhadap semangat padi.
  • Ia biasanya dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Pakaian yang dipakai oleh penari perempuan adalah serba hitam dengan dihiasi butang yang terang dan menyerlah manakala penari lelaki pula memakai ‘ sigar ‘ di kepala dan ‘ sandai ‘ yang tergantung dari leher.
Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: