MAKANAN

Makanan Tradisional Masyarakat Kadazan Dusun
  • Makanan kaum Kadazandusun merupakan identiti dan pengenalan bagi kaum Kadazandusun. Masyarakat Kadazandusun memiliki pelbagai hidangan yang unik. Hidangan-hidangan ini biasanya banyak disediakan di musim perayaan pada Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei.
  • Selain pada hari perayaan, suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini secara harian. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa bagi acara istimewa seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun.
  • Makanan tradisi suku kaum Kadazandusun terdiri daripada pelbagai jenis kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan.
  • Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Bosou, Sup Lihing, Hinava, Noonsom, Pinarasakan dan Tuhau. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.
BOSOU SADA (SUDAH DIGORENG) 
  • Menyerupai pekasam atau ‘jeruk’. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai ‘tinamba’.
  • Dihasilkan dengan mencampurkan buah kepayang (pangium edule), nasi, garam  dan ikan atau daging mentah hasil perburuan.  Ia juga boleh ditambah dengan buah nangka, nenas muda, dan tuhau bagi menambah perisa.
  • Diperam dalam tajau sebelum dapat dimakan.

SUP LIHING

  • Bahan: seekor ayam kampung, setengah botol lihing (minuman keras yang dihasilkan daripada beras). Rebus kedua-dua bahan ini bersama dengan garam/serbuk perasa selama 1 setengah jam.
  • Berkhasiat untuk wanita dalam pantang bersalin untuk memulihkan tenaga dan kecergasan dalaman.
HINAVA
  • Dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam.
  • Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi).
  • Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong  atau udang juga boleh digunakan.
NOONSOM BAMBANGAN 
  • Dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan (buah) dan Noonsom Tuhau (ulam).
  • Noonsom Sada – Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi            (ditumbuk ), nasi dan garam.
  • Noonsom Bambangan – Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.
  • Noonsom Tuhau – Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah.
  • Disimpan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan
 
PINARASAKAN SADA
  • Sejenis hidangan yang dihasilkan dengan menggunakan isi ikan (ikan air tawar/ikan air laut).
  • Ikan akan dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam ‘takob-akob’, garam, serbuk perasa dan sedikit air. Kemudian ia akan dipanaskan sehingga mendidih dan air hampir kering.
TUHAU
  • Sejenis hidangan ala kerabu.
  • Bahan-bahan: Tuhau, udang, cili padi, limau nipis, ajinomoto, garam dan bunga kantan. Semua bahan ini dihiris, ditumbuk menggunakan lesung atau diblender.
  • Dihidang bersama ikan goreng atau dicampur dalam sup ikan untuk mnambah kelazatan/mhilangkan hanyir.

PELANCONG MENCUBA MAKANAN DI SABAH

Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: