PAKAIAN

KOSTUM KADAZAN-DUSUN

  • Pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah kerana, ianya berlainan diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tradisinya.
  • Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.
  • Biasanya pakaian tradisi ini dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan dan Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan di Peringkat Negeri Sabah.
    KOSTUM DAERAH PENAMPANG

Ciri-ciri pakaian tradisi:

  • Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita (Sinuangga).
  • Blaus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur (Sinompukung)
  • Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya ‘bobohizan'(kinoingan)
  • Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki.
  • Sarong (tapi) panjang berenda ‘siling’, berwarna hitam
  • Siga – pelbagai corak dan motif pada tenunan

Perhiasan pakaian:

  • renda ‘siling’ utama keemasan pelbagai corak.

Barangan kemas:

  • Himpogot – wang syling berwarna perak.
  • Tinggot - Tali pinggang berwarna perak diperbuat daripada wang syling dolar abad awal 20-han.
  • Tangkong – Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.
KOSTUM DAERAH KOTA BELUD
Pakaian Tradisional Suku Kaum Dusun Tindal Kota Belud dipanggil ‘ Sinipak ‘.
Ciri-ciri Pakaian Tradisi:
  • Blaus berlengan panjang (sinipak ) berwarna hitam.
  • Gonob (sarong) paras lutut.

Perhiasan Pakaian:

  • Renda bercorak dijahit tangan pada lengan blaus.
  • Lengan blaus di atas siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan dengan berbagai corak kain berenda.
  • Kain hitam berlapis-lapis dengan renda kuning keemasan (sunduk do sunalatan) disandang di tangan sebelah kanan.

Barangan Kemas:

  • Manik-manik antik)Tali pinggang yang lebar (Kinokogis), Sinipogot – 4 gelang sinipogot yang diperbuat daripada wang syiling dolar perak, Gelang Perak (Saring Perak ) dan Anting-anting Perak.

KOSTUM LOTUD (TUARAN)

CIRI-CIRI PAKAIAN TRADISI:

  • Blaus (sukub) dihias sederhana. Ia berwarna hitam serta berenda kuning keemasan, mempunyai labuci di lengan kolar dan di depan baju.
  • Gonob (sarong) hingga ke paras lutut. Linangkit bercorak bunga (kembang suri ). Warna merah merupakan warna utama namun ditambah juga warna keemasan, putih, oren dan biru.
  • Pakaian tradisional mereka ini turut diserikan dengan sejenis kain yang digunakan untuk menutup bahagian kepala si pemakai khususnya bagi kaum perempuan.

Perhiasan Pakaian:

  • Kuluwali (Selindang), Linangkit (corak) bermotif kembang suri.

Barangan Kemas:

  • Lilimbo (tali pinggang rotan) yang tidak mempunyai kancing pembuka.
  • Gelang perak (simpai)
  • Gelang kaki perak (lansung)

KOSTUM KIMARAGANG

  • Baju Kinaling merupakan pakaian tradisional suku kaum Dusun Kimaragang. Ia biasanya berwarna hitam dengan ikat pinggang berwarna warni yang dibuat daripada perak dan ada pula yang diperbuat dari rotan.
  • Pakaian tradisional mereka ini selalunya dipakai ketika mereka menarikanTarian tradisional mereka iaitu Tarian Kilintangan.
  • Kostum mereka diserikan lagi dengan penutup kepala yang diperbuat daripada rotan ataupun anyaman dari buluh bersama dengan sejenis kain panjang berwarna merah jambu bagi melengkapkan pakaian tradisonal mereka ini agar lebih menarik dan unik.

KOSTUM MURUT TAGAL (KENINGAU)

Ciri-ciri Pakaian Tradisi:

  • Blaus tidak berlengan (sampayau pinongkoh).
  • Sarung (tapi) berwarna hitam paras bawah lutut. Keunikan Tenunan manik-manik berwarna-warni dan bercorak secara melintang dan menegak di seluruh bahagian depan dan belakang blaus serta sarung.

Perhiasan Pakaian:

  • Manik-manik bercorak serta berwarna-warni seperti warna merah, putih, oren dan hijau.

Barangan Kemas:

  • Tali pinggang (tirol ringgit) yang diperbuat daripada wang syiling antik dolar warna perak.
  • Tali pinggang (sukayan) diperbuat daripada manik kristal berwarna merah atau coklat (sapulu).
  • Manik-manik warna biru (botina) dipakai (berjuntai) pada pinggang.
  • Tali pinggang (bungkas) diperbuat daripada manik-manik yang berlapis-lapis berwarna putih yang sukar didapati sekarang. Bungkas merupakan warisan turun temurun ahli keluarga dan bernilai RM 10 000. 00.
Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com. The Adventure Journal Theme.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: